Penguat hati =)

Salam wbt..

Dah lama benar terasa tak ‘menjejakkan kaki’ ke dalam blog ni.. kali terakhir bila adalah beberapa bulan yang lalu di malaysia.. bila balik ke sydney pernah terfikir untuk menulis tapi memang tak sempat2, sebab semakin sibuk dengan kerja phd yang bertimbun, dan juga kerja dakwah di sydney. InsyaAllah, that will never change.. tapi elok juga untuk spend sedikit masa menulis luahan hati dan fikiran di sini kan.. asyik berada di dalam kepala je tiap2 hari tanpa dikongsikan kepada sesiapa tak best juga..

Alhamdulillah ‘ala kulli hal…

Allah masih memberikan kekuatan dan ketenangan dalam jiwa ini untuk menempuh ujian-ujian yang diberikanNya..walaupun kadang2 ada rasa ‘sakit’ tapi itu sebab salah ku sendiri..mungkin ketika itu terasa jauh daripada Allah disebabkan kelalaian untuk menjaga hubunganku denganNya.. astarghfirullah..

Semakin lama hidup di dunia ni, semakin besar cabaran yang ada, dan semakin tinggi pengorbanan yang dituntut dalam diri.. pada satu sudut, diri ni memang bersemangat berkobar-kobar untuk menempuhinya, berfikiran positif dan optimis, dan yakin bahawa jika diri ini melakukan yang terbaik, insyaAllah usaha itu yang dikira walaupun apa sekali outcome atau natijahnya. Tapi pada satu sudut yang lain, ada elemen negatif yang masuk (uh-oh) yang cuba untuk menumpaskan semangat dan keyakinan diri.. diri mula bertanya, ‘Mampukah aku melakukannya?’ ‘Layakkah aku berada di sini?’…seolah-olah menyoalkan ketentuan Allah untuk berdiri di sana menerima ujian-ujianNya.

Sedangkan Allah telah mengatakan La yukallifullahu nafsan illa wus ‘aha dan Kuntum khaira ummatin ukh-rijat lin-naasi ta’ muruna bil ma’ruf, watan hauna ‘anil munkari watu’ minuna billaah.

Masih tidak cukup?

Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a’lawna inkuntum mu’minin.

Ya ayyuhalladhi na amanu in tansurullaha yansurkum wa yuthabbit aqda makum.

Wa man ahsanu qaulammin da’a ilallahi wa ‘amila salihawwa qala innani minal muslimin?

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” (al-ankabut: 64)

Dan banyak lagi kata-kata Allah, janji-janji Allah kepada orang-orang beriman.

Sebenarnya.. jangan tertipu dengan syaitan dan bisikannya.. instead of menyoalkan diri ‘Mampukah aku menempuhi ujian ini?’ apa kata kita tanya balik diri kita ‘Mampukah aku untuk masuk syurga jika aku tidak menempuhi ujian di dunia ini (dengan sebaiknya)?’

Ikhlaskan niat setiap masa, usaha yang terbaik setiap masa dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Ya, kadang-kadang kita akan terjatuh tapi cepat-cepat beristighfar padaNya dan berdiri balik dengan kukuh dan berani.

Let’s do it!

2 Comments (+add yours?)

  1. Jamaloogy
    Jul 07, 2011 @ 08:27:39

    salam.

    boleh saya tahu dari ayat dan surah mana “wala tahinu wala tahzanu….”
    terima kasih

    semoga saudara di dalam rahmat Allah selalu😀

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: