Berkat doa

Salam..

Dah lama juga tak update di blog ni.. hehe.. baiklah..

Alhamdulillah I’ve had my annual presentation last week.. dan bukan nak membanggakan diri ke apa, but I’ve worked really hard for it and I’d expect in the least that takkan adala tergagap-gagap ke apa ke.. tapi satu benda yang ana minta dari akhawat, zauj, parents..adalah doa mereka agar Allah turunkan pertolongan, dan juga menjadikan ana qudwah hasanah bagi orang yang ada di sana melihat ana bercakap..

dan alhamdulillah la daripada berkat doa mereka, dan usaha yang ana letak, insya Allah menampakkan kepada mereka yang terdiri daripada professor, drs dari australia, germany (org hebat2 belaka) yang ana sebagai muslim boleh berdiri sama dengan student advanced yang lain, dan boleh pergi lagi jauh daripada itu, insya Allah.. dgr la kata2 derang: ‘Well done’ ‘very impressed’ ‘i’m very surprised you did so well’ ‘Congratulations’ ‘You were brilliant’ etc membuatkan ana tersenyum kerana doa2 mereka yang ana kasihi dikabulkan🙂

But of course.. perjalanan hidup masih panjang, dan ada banyak lagi rintangan dan halangan yang perlu dihadapi.. assessment ana belum habis lagi, sat lagi ana akan diinterview untuk dilayakkan menjadi phd candidate.. yg juga mencabar.. doakan ana ya😐

Satu lagi halangan yang sebenarnya lebih besar adalah dalam diri sendiri.. dah accomplish satu benda mulalah ada bisikan2 syaitan dan hawa nafsu untuk menjadi malas, tak bersemangat dan sebagainya.. sangat mengecewakan kalau kita terus menerus jadi macam ni.. sebabnya setiap manusia diberi keistimewaan dan potensi yang tinggi, tapi hanya disebabkan larut dengan hawa nafsu, dunia, bisikan syaitan, dan manusia yang kurang memberikan dorongan, potensi diri hilang. Kalaulah semua anak2 remaja/belia dapat atasi benda-benda ni.. masya Allah, masyarakat akan penuh dengan manusia yang berwibawa dan berkualiti tinggi!!

Ana yakin untuk mengatasi masalah2 diri ni memerlukan iman yang mantap dalam jiwa.. dan ini perlu dibimbing dan ditingkatkan hari demi hari.. kalau tidak hati dan jiwa akan lesu, dan mulalah bisikan2 yang tidak enak meresap dalam diri.. so sad..

Jadi marilah kita bermujahadah tingkatkan diri kita, dan iman kita.. mudah nak cakap tapi sukar untuk direalisasikan dengan sempurna.. but every aspect, seperti doa, sangat penting supaya kita tidak hilang pengharapan kita kepada Allah swt, dan kita perlu ingat yang Allah Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa (al-Mujib).. nothing is too small  or too big for Him..

Semoga Allah memberikan keberkatan dan perlindunganNya sentiasa..

Wallahu’alam

P/S: Ana sekarang dah mula duduk sorang2 dalam rumah baru.. akhawat kawasan semua dah nak balik malaysia… weekend je ada akhawat lain turun.. teringin sangat nak  kucing supaya tak lah rasa lonely sangat.. huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: