Positivity within our hearts

Salam wbt..

Alhamdulillahi Ta’ala, ana masih diberikan peluang oleh Allah utk merasai kenikmatan berada di dalam keheningan pagi ini🙂 Tadi pun amat mudah utk bangun qiyyam, kerana roommate pun bangun bersama huhu.. menunjukkan betapa besarnya peranan suasana dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita.. bi’ah yang solehah akan insya Allah menjadikan orang2 di dalamnya juga solehah..

Dalam pada masa yang sama, kita sebagai individu juga mempunyai pengaruh yang besar kepada suasana di sekeliling kita. Like it or not, the things we do, the things we say, how we carry ourselves, how we react towards a problem, how we manage our lives, will be seen and observed by others especially those whom are close to us or we see everyday. Semua ini tak kira lah perbuatan kita yang positive atau negative, ianya akan dilihat dan terpulanglah macam mana orang tu nak komen tentang diri kita tapi yang pastinya dia akan sedikit sebanyak terkesan dengan perbuatan kita, either positively or negatively.

Jadi, janganlah sekali2 underestimate capacity kita sebagai individu untuk melakukan perubahan. Qudwah hasanah yang ditonjolkan, walaupun mungkin tak secara direct akan mempengaruhi kawan2 kita, dan ana yakin bukan hanya orang yang besar dan berpengaruh sahaja (e.g. president kelab A) yang dapat memberikan impak kepada org ramai– kita sendiri pun mempunyai kuasa untuk mempengaruhi mereka, lagi2 bagi kita yang membawa risalah, fikrah dan matlamat yang jelas.

Kita (bagi golongan yang dah ada sedikit sebanyak kefahaman Islam) sebenarnya memang dah arif tentang bab2 qudwah ni kan, tapi sebelum kita pergi detail tentang sabar, ikhlas, husnuzon, tekun, amanah, gigih.. ana rasa ada sesuatu yang lebih asas.. iaitu bagaimana kita lihat dunia dan sesisinya (how we view this world, its content and surroundings), dan lebih asas lagi, antara kita melihat sesuatu secara positif, ataupun negatif (kalau nak lebih asas lagi rujuklah iman kita di dalam dada).

Yes, it’s either looking it positively or negatively. Which I feel would have a tremendous impact on what we subsequently will do, and how others would be affected by it. Macam mana bila kita berubah dari negatif ke positif, semua pun akan ikut berubah, kita akan jadi lebih mudah utk mempraktikkan akhlak2 Islami, dan orang di sekeliling kita pun akan terkena tempiasnya (i.e. positive aura).

Terkenang zaman dulu ketika ana masih 17 tahun, tengah sibuk nak menghadapi SPM. Memang ketika itu masya Allah ana rasa ana tak dicemari lagi dengan sikap2 negatif (mungkin sebab duduk rumah dan tak expose dengan orang2 lain lagi), memang dalam diri sikap positif sangatlah mempengaruhi jiwa..tapi bila dah berada dengan orang luar (ni masa kat INTEC, utk preparation masuk Australia) yang asyik berfikiran negatif, ana pun terkena juga effect berfikiran negatif, which actually sedikit sebanyak terkesan juga sampai sekarang.

Semakin ramai orang yang kita kenal, semakin banyak la kita boleh tgk sikap mereka yg macam2 jenis, either positively or negatively.. dan ana rasa semua pun boleh detect seseorang ni mempunyai positive or negative outlook dlm diri. Bagi ana, walaupun seseorang tu (dan juga kita sendiri la) melakukan something yang baik dan positif, tapi sikapnya yang lahir dari hati adalah negatif, akan ternampak juga yang dia (atau kita) ni sebenarnya mempunyai perspektif negatif dalam diri. I could feel something is just not right. Jadi pentingnya sebenarnya utk ubah dalam diri kita, dlm hati kita tu, utk memberikan effect positif yang total. Memang tak dinafikan kita tak boleh nampak hati manusia, tapi nak tak nak bersih atau kotor hati, positif atau negatif diri akan tertonjol juga dalam pelbagai cara (dengan riak muka pun kita boleh nak dpt agak apatah lagi sikap dan cara kita berhadapan dgn sesuatu situasi). Bukan utk menunding jari siapa positif dan siapa negatif, tapi lebih kepada kita yang harus menanamkan sikap positif dalam diri, kalau boleh pada setiap masa, tapi lebih2 lagi bersama2 kawan2 kita yang akan secara langsung atau tak langsung terkesan dengan sikap positif yang ada dalam diri kita. Jangan sebab kita yang negatif orang lain pun akan ikut serta jadi negatif. Sayangilah dan kasihanilah mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: