Solat & tawakkal

Salam wbt..

Dlm post ni ana nak cerita sedikit ttg keadaan atau suasana pelajar2 yg bukan dari golongan majoriti, tetapi minoriti di dalam sesebuah universiti..

Sebenarnya, walaupun uni yg ana tgh berada skrg ni hebat dari segi sistem pendidikan, penyelidikan & innovasi (research & innovation🙂, tapi dari segi keperihatinannya terhadap pelajar2 yg beragama selain daripada kristian dan yahudi agak kurang. Terutamanya bagi mereka yg beragama Islam. Tentulah tak seramai yg beragama Kristian, tapi bilangannya adalah masih significant, i.e. dlm beribu jugak lah (mungkin dlm 10 orang warga uni ada 4 org Islam). Walaupun begitu, kenapa uni ni tak nak bagi kemudahan kepada org Islam utk menunaikan fardhu solat yg memang ramai tahu adalah 5 kali sehari? Surau ada satu, tapi jauh sekali dan agak menyusahkan (kalau dari fakulti ana dr hujung uni ke hujung uni, ambil masa dlm 20-25 min utk jln (naik turun bukit), jumlah masa ulang-alik dlm 40-50 min utk sekali solat fardhu tak termasuk masa utk naik tangga, ambil wudhu’ dan solat ..biasanya org yg jauh dari surau fikir 2-3 kali utk berjalan ke sana huhu)

Ini menyebabkan pelajar2 Muslim terutamanya yg jauh daripada surau berhadapan dgn dillema, dan mungkin boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: 1) Yg akan solat lambat, tunggu kuliah habis baru solat di rumah (hmm kalau kuliah habis lmbt zuhur macam mana pula ye?) atau 2) Yg akan solat di mana2 sahaja asalkan dapat solat. Mungkin ada pilihan ke-3 iaitu pergi je jalan ke surau tapi daripada pengalaman ana orang yg buat tu hanyalah orang yg fakultinya berdekatan dengan surau, atau pelajar baru (1st year)🙂

Jadi ana termasuklah dalam golongan ke-2 ni, solat je la di mana2 asalkan dapat solat. Kebiasaannya yg mengambil option ke-2 ni akan cari tempat2 yg ramai tak lalu lalang dan agak tersorok…Selama lebih kurang 4-5 tahun di uni ni, tempat2 yg ana pernah solat adalah di library sudut ‘fire exit’, tangga2 (‘fire exit’ jgk hehe), bawah2 tangga, atas rumput di padang (ni selalunya berjemaah), atas konkrit dan kelas2 kosong. Sekarang tempat favourite ana adalah sebelah lift luar office ana.

Tapi sejauh mana kita x nak dilihat oleh orang lain.. akan dilihatkan jugak.. Allah nak bagi peluang kepada orang bukan Islam utk tengok bagaimana penyerahan diri terang-terangan kepada Tuhan berlaku.. Mcm lah kes ana baru-baru tadi. Ana nak solat Asar, biasalah di tepi lift. Selalunya keadaan sepi dan tak ada orang, kalau ada pun mereka akan guna tangga utk masuk ke office dan lift selalu tak akan  digunakan (baik betul org2 kat sini) jd kiranya bila ana nk solat org yg lalu lalang ke office tak nampak melainkan jika mereka jalan ke belakang..

So ana solatlah Asar seperti biasa.. keadaan aman dan dah nak selesai solat.. tapi bila nk angkat je jari telunjuk (‘Ash hadu alla ila ha ilaLlah..) seorang pemuda dari masuk dari tangga, berjalan menuju ana dan berdiri pulak di dpn ana yg tgh duduk tahiyyat akhir ni. Ana dgn rasa tak selesanya terpaksa batalkan solat (alahai sayangnya, tinggal brp kerat ayat je dan nak bagi salam) dan memandang ke arah mat salleh tu sambil tunjuk muka yang bawa maksud ‘Yes? Can I help you?

Dia pun dgn serba salah (tapi cool je) tanya ‘Sorry I’m kind of lost would you mind telling me where the exit is?’

‘If you take the stairs just go down another floor you’ll find the exit door to this building’, ana jawab sambil berdiri dan berjalan menuju ke tangga untuk tunjukkan dia.

‘Ok, thanks’.

Rasa bersalah terhadap diri sendiri sbb tak habiskan solat sebelum pergi melayan orang tu. Tak apalah, insya Allah ada hikmah dan pengajarannya, lain kali jangan ulangi lagi..biar je lah dia merenung lama, tak kacau pun kan?

Esok pula ada meeting dgn supervisor, kena prepare apa yang nak kena report dkt dia.. ya Allah permudahkanlah urusan..  bersihkanlah niatku, kuatkanlah diriku, sesungguhnya kepadaMu aku berdoa dan bertawakkal…

Dan bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (as-Syu’ara: 216-220)

When you are called to pray to Allah, pray, no matter where you are, for Allah is The One you submit to

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam memperjuangkan agamaNya. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: