Salaam wbt..

Alhamdulillah dengan izin Allah ana telah selamat sampai di Sydney pada Ahad pagi jam 7.30 pagi.. Semoga perjalanan ana dalam mencari ilmu diredhaiNya, tak kira lah di Sydney mahupun Malaysia atau pun di mana2 jua ana dicampakkan…

Suasana di Sydney yang lebih kurang 5 bulan ditinggalkan masih sama seperti dulu. Tak ubah langsung. Sambil ana tulis blog ni masih kuat kedengaran orang-orang mabuk menyanyi dengan  suka rianya (rumah yang ana duduk sebelah pub), kereta lalu lintas dengan sibuk dan laju (yela, nama pun city hehe), lagi2 malam Sabtu, orang2 mabuk ramai kelihatan berjalan terhuyung hayang dan menjerit tak tentu arah, perempuan2 yang berpakaian menjolok mata di semua arah.. Oh perkara2 sebegini memang dah sangat masak dengan orang2 di Sydney.. No surprises there…

Dalam suasana hectic sebegini alhamdulillah ana masih dapat tumpukan perhatian yang sepenuhnya (insya Allah) dalam menjalankan tugas sebagai seorang da’ie dan pelajar, tak lupa juga sebagai seorang lagi daripada housemate2 bujang dan isteri yang berjauhan dengan suaminya.

Mungkin sebab ana pernah duduk di Sydney selama 4 tahun, dan kini kembali untuk 4 tahun lagi, ana rasa ana boleh terus dengan serta merta menjadi balik seorang pelajar dan da’ie tanpa memerlukan sedikit masa utk mengadaptasi. Datang2 terus ‘full throttle’–kerja2 dakwah terus dilakukan non-stop, sebagai student pula berazam terus nak mulakan research seawal hari yg ana baru sampai– yg sebenarnya akan mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan..akhirnya pada hari ke-5 ana di sini dah mula rasa penat dan rasa nak rehat daripada buat apa2, tambah lagi ana ketika itu cuti haid rasa lagi kekosongan dalam jiwa.. Astarghfirullah..

Betul lah salah satu sebab orang futur daripada jalan dakwah adalah kerana melakukan banyak sangat kerja luar daripada kemampuannya, ataupun membuat kerja terlalu laju sehinnga akhirnya berputus asa atau berhenti melakukan apa2 kerja dakwah dengan alasan penat dan mahukan rehat..

Sepatutnya apa yang ana perlu buat apabila sampai di Sydney adalah:

1) mendapat kerehatan fizikal yang cukup (kerana 7-8 jam bermusafir)

2) mengenal balik waqi’- akhawat, mad’u, jalan2 raya, transport, etc

3) melakukan persiapan yg lengkap sebelum memulakan research- e.g. beli alat2 keperluan seperti printer, alat2 tulis, kertas, etc

Benda2 ni semua adalah common sense.. tapi kadang2 ana lupa kerana terlalu bersemangat nak lakukan semua dengan cepatnya. SubhanaLlah.. ya Allah baikilah diriku ini…

Insya Allah.. ana perlu sentiasa ingat yang amalan kecil tetapi berterusan adalah lebih disukai Allah daripada amalan besar tetapi singkat (x berterusan). Semoga Allah menjadikan ana seorang yg istiqamah dan melakukan segala perkara yang diredhaiNya, Ameen🙂

Di sini juga ana letakkan bbrp gambar hasil tangkapan ana sendiri utk tatapan antunna semua. Tak banyak pun, gambar2 di uni sahaja🙂 Hari tu sgt nyaman, nampak je panas, tapi jgn tertipu hehe.

Welcome to the University of New South Wales, Sydney, Australia :)

Welcome to the University of New South Wales, Sydney, Australia🙂

UNSW Main Library

UNSW Main Library

IMG_0630

Let's have a little online tour inside the Main Library🙂

IMG_0638

IMG_0641

Yes, it's in the library

Yes, it's in the library

IMG_0650

IMG_0651

IMG_0653

View from up above

View from up above

Halaqah versi kontemporari

Halaqah versi kontemporari

Luar dari library, menuju ke Quadrangle Building:

Quadrangle

Quadrangle

IMG_0662

Alhamdulillah minggu yang ana datang adalah minggu Islamic Awareness. Setiap hari ada talk untuk orang Islam dan bukan Islam. Satu initiatif untuk berdakwah kepada warga uni ttg Islam yg sebenar dan bukan yg diwar-warkan oleh media.

ceramah oleh seorang akh ni lupa lak nama dia

ceramah oleh seorang akh ni lupa lak nama dia

IMG_0665

The real sisters in Islam, insya Allah =)

The real sisters in Islam, insya Allah =)

Ok, setakat itu sahaja yang ana dapat sampaikan. Masa pun dah terhad..baik ana sambung buat kerja hehe. Syukran jazillah kathiran sudi melawat hehe. Sehingga kita bertemu lagi, wassalam..

2 Comments (+add yours?)

  1. nurunnajwa
    Oct 12, 2009 @ 14:23:18

    salamu’alaiki…
    semoga kak elin trus sukses di sana…
    kami(x mad’u) kak elin rindu sgt kat kak…
    maaf sbb x dapat jmpa kak bt kali terakhir…
    smoga pada masa hadapan Allah temukn kita kembali…
    insya-ALLAH

    Reply

    • nhhc
      Nov 05, 2009 @ 15:53:43

      wa’alaikumussalam najwa, jazakillah khair datang melawat.. rindu antunna juga.. kirim salam yea kat yg lain di sana.. bertemu dan berpisah kerana Allah🙂

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: