Change for the better.

‘Budak ni, dari dulu lagi tak berubah-ubah..sama je perangainya’ bisik hati Aisyah melihat gelagat sahabatnya yang berlari datang kepadanya– 10 min lambat daripada yang dijanjikan.

‘Assalamualaikum Aisyah, sorry lambat… [takde alasan munasabah yang boleh diberikan]..’  si ukht yang lambat sampai itu berkata.

‘Waalaikumussalam.. takpe2, mesti awak ada hal lain kan (kalau takde insyaAllah mulai hari ini ubahlah diri utk menepati masa…)’

‘….. [hanya mampu tersenyum]’

———

Bila cakap tentang perubahan.. tak ramai yang menunjukkan reaksi yang positif. Ada yang takut untuk berubah. Ada yang malas. Ada yang memang tak nak berubah kerana selesa dengan keadaan diri sendiri, merasa tidak perlu berubah kerana sudah cukup bagus. Na’udzubillahi min zalik.

Islam menuntut kita untuk berubah, atau berhijrah, daripada kufur kepada Islam, daripada syirik kepada mengesakan Allah, daripada akhlak mazmumah kepada mahmudah (e.g. kes di atas, daripada leka masa kepada menepati masa). Perubahan ini juga termasuklah peningkatan iman di dalam dada secara berterusan, pengislahan ibadah harian kita, perluasan ilmu pengetahuan yang ada, dan juga pematangan fikiran kita sebagai seorang Muslim dan manusia biasa. Hal2 tersebut berlaku dengan proses tarbiyyah yang tidak akan henti hinggalah kita mati.

Jadi bagi siapa yang rasa tarbiyyah mereka sudah cukup bagus, tidak memerlukannya lagi dan boleh hidup tanpanya adalah jenis2 orang yang patut dikasihani. Kenapa? Sebab meraka adalah orang2 yang sangat rugi, akibat ketakutan, kemalasan atau kebongkakan sendiri yang tak mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sesungguhnya untuk mengubah diri menjadi da’i yang lebih bagus memerlukan mujahadah yang sangat tinggi. Lagi2 di dalam kawasan yang bi’ah solehah nya kurang ataupun ‘negligent’. Mujahadah untuk lawan hawa nafsu, dan untuk memerangi bisikan syaitan yang hanya mahukan kita termasuk dalam orang2 yang rugi. Kena bermujahadah untuk berkorban masa, jiwa, tenaga, perasaan demi perubahan. Bukan itu sahaja, malah bila dah berubah kena istiqamah-juga memerlukan mujahadah yang berterusan. Wah!!!!!

Tapi ingatlah, semuanya kembali kepada diri kita juga, yang jika proses perubahan diri ini berterusan (kepada lebih baik), kita sendiri yang akan dapat faedahnya di dunia (kita sebagai orang Islam lebih mantap dan kuat, seterusnya dapat memimpin umat akhir zaman ini dengan lebih baik lagi) dan di akhirat (ganjaran pahala yang melimpah ruah).

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk berubah kepada yang lebih baik. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: